Basic preparation (knowledge) before PRP
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Shanan harap semua dalam keadaan sihat sejahtera. Sebelum shanan mulakan untuk perkongsian entry kali ni, marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan negara kita daripada wabak Covid-19 ni. Pastikan kekalkan penjarakan sosial, pakai face mask, elakkan tmpat yang sesak, dan patuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Bagi yang masih lagi belum menerima suntikan booster, boleh walk in ke PPV yang terdekat ya. Ini ikhtiar kita untuk selamatkan nyawa kita dan orangtersayang, selebihnya kita serahkan kepada Allah. Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal.
Okay cukup la pesanan ikhlas 'khidmat masyarakat' tu...hahahaha, okay untuk entry kali ni shanan nak kongsikan berkaitan basic preparation in term of knowledge before PRP. Entry sebelum ni dah share berkaitan nak prepare dokumen dan barang-barang keperluan. Sape yang belum baca boleh pergi ke sini . Actually, minggu lepas ade sorang FRP daripada KK (shanan tak pasi KK mana) whatsapp shanan dan tanya nak join tak talk yang beliau buat on preparation nak masok PRP. Terbuka kepada PRP dan FRP. Jadi, she ask me to blast the news to my batch and any pharmacy student yang shanan kenal. Ouh beliau kenalkan diri as Kak Sha. Jadi, entry kali ni is everything yang Kak Sha tu share pada kami semua sepanjang talk tu. Most of it about apps and how we want to refresh our knowledge la.
Bismillahirrahmanirrahim, ayuh kita mula kan.
1. What to prepare for mentally & physically.
- Jadi yang paling penting sekali is Mentally strong. Kenapa mentally strong, sebab nanti kita busy dengan working schedule dkt hospital pny shift, workload, patient condition, logbook requirements, etc. Nak bina mental yang kuat ni based on talk2 lai yang shanan join mostly ckp kita kene ade perkara yang memotivasikan diri. The big Why org kata untuk kita bekerja dan bertahan. So, everyday kita cuba tgok semula niat kita nak kerja... kerja ikhlas kerana Allah, nak menuntut ilmu, nak berkhidmat untuk masyarakat, nak bantu keluarga, nak dapat permanent dekat government, nak dapatkan gaji... anything yang baik, cuba cari dan jadikan itu your own big why. Selain itu, prepare ourselves jgak la dgn knowledge (yang ni akan discuss dlm point ke 2 & 3).
-Willing to learn. Yang ini penting, sbb bila kita ada perasaan nak belajar ni, kita akan lebih terbuka untuk terima teguran dan cadangan daripada rakanrakan sekerja kita, preceptor dan pegawai-pegawai senior kita.
-Hardworking. Disebabkan banyak logbook requirement dan workload yang kita akan hadap mse PRP ni, jadi kita kena rajin kan diri sikit la buat persediaan, bertanya n so on. Dulu shanan mase sekolahkan, ade cikgu ni selalu cakap, kita tak pandai sgt tak pe, tapi kita kena rajin. Ade org gifted, tak perlu study teruk-teruk senang je dia hafal banyak benda. Itu kelebihan dia. Tapi kalau kita rajin, semua orang boleh berjaya sama level dgn orang yg gifted tu tadi. Yang penting kita cuba yang terbaik. Haa gitulah cikgu tu pesan.
- Well dressed and well manner. If not mistaken masa Kak Sha pny talk tu, Kak Sha ade cakap yang attitude kita dan pemakaian kita ade markah jugak. Cara kita bekerjasama dengan pegawai yang lain, kita ni boleh tolerate or jenis yang degil keras mcm batu. Semua tu akan dinilai oleh pegawai-pegawai, even kite buat jahat belakang preceptor kita nanti mesti la info tu sampai dah dekat preceptor kita. Jadi, sama-sama lah kita jaga percakapan dan adab kita dengan rakan sekerja.
- Kerja kemas dan ontime. Kalau logbook tu kenalah kemas, tak kisahlah nak tulis tgn ke nak type ke. Kerja lain pon perlu macam tu jgak, bila pakai any device, letak semula dkt tempatnya, if dah settle satu kerja, kemas semula tempat kerja, kalau org perak ckp jgn leghuk leghak sgt.
2. What apps/ references to download before PRP
-Bluebook -compulsory
-Micromedex (yang ni boleh tgok dkt shopee je, n ade setengah hospital ade beli jadi download je siap2)
-Lexicomp (ini pulak boleh pilih la salah satu antaran micromedex or yang ni, tp both apps berbayar)
-Frank Shann (paeds dose, tapi yang latest edition ni tak keluar lgi shanan rse so boleh je guna dulu yang lame (17th Edition) tu shanan dh confirmkan dgn senior, nanti keluar yang baru beli lain, harga tak silap bawah RM 10 dkt shopee). Ni physical references (xpasti ade tak softcopy, mcm x de).
-Mediscape
-MIMs
-NAG (ade CPG, ade calculator BMI, etc)
Gambar by: Kak Alin Rx15
apps ni semua boleh tgok dekat play store (shanan guna android) kalau apple user tak sure ape store korang pakai, apple store kot... Haaa check dkt situ n download siap2. Beza sikit dgn gambar atas ni ade up-to-date. Boleh je nak download n beli jugak tak de masalah. Untuk apps yang berbayar tu, korang cuba cari yang boleh access lebih daripada 1 device in one time,,, jadi boleh la share dengan kawan-kawan. Kak Sha ckp, kalau kita tgok sekarang mmg harga apps tu mahal jgak la, tp once kita dh dapat gaji, apps yang semua ni sikit je investmentnya tp sgt berguna untuk kita kerja nanti.
3. What to read bofore PRP? CPG/ other medications?
-Flash Card
Yang flash card ni boleh cari dekat shopee. Ni ade satu Kak Sha bg contoh Flash Card Shopee . Dia softcopy je, tak boleh print rsenye berkaitan OTC dan antibiotic. Kalau shanan la kan, problem shanan susah nak hafal dosing dan spectrum (antibiotic). Actually lack of practice jgak kan, sbb kan pandemic covid ni shanan tak pernah merasa lagi praktikal dkt hospital, clinical pon online je, tgok case on paper dan bayangkan je. Hahahahahah sempat merasa community attachment je. Tu pon bnyk OTC and poison C la yang igt.. So, kita kene cari jalan jgak untuk hafal dan tahu common drugs yg guna dkt hospital/KK.
-CPGs (primary resources)
CPGs ni primary resources la, shanan dulu attachment online dgn Prof Mansor Manan, any student UiTM kenal la kot Prof Mansor,,, sgt tinggi ilmunya dan Prof mmg ajar part TDM. Mmg sumber rujukan utama Prof is CPGs, susah la sikit nak terima bukan CPGs ni. Kalau ade pon nak terima mesti daripada journal article (latest). Tp tak perlu la hafal CPG. Shanan pon baru baca yang hypertension je yg penuh. Utk CPG ni Kak Sha pesan fokuskan pada management dan jgak algorithm. Dan CPG ni shanan nak fokuskan pada Hypertension, DM dan Asthma. Boleh je nak bace lebih, ikot kemampuan masing-masing la. Lagi banyak, lagi baik. Boleh jgak jadikan CPG as reading bila free-free (shanan tak mampu, sy suka baca buku fiksyen lgi kalau free-free, lgi best tgok movie...hahahah). Kalau asthma refer GINA rsenye. Okay semua CPGs ni boleh dapat dkt link ni CPGs. Kalau cari HTN dia bawah cardio.
Gambar by: Siti Nur Adilah Rx16A
-PRP counselling checklist
Download from Garis Panduan Kaunseling , yang ni kene hafal dan nanti akan di validate oleh pegawai dan ada markah untuk pass. Selagi kita tak pass kita tak boleh nak continue ke dispensing dan counselling patient. Selalunya dalam bulan pertama mula PRP. Senang cerita ni macam nak kene check semula kita pny tahap pengetahuan jadi kita tidak palatao (memandai-mandai). Ouhh ini tak termasok dalam logbook.
Shanan tambah sikit, boleh dh godek-godek logbook. Tgok la ape yang perlu, macam mana nak isi. Kak Sha kate mmg nanti bnyk benda baru nak belajar mse kerja. Bykkan bertanya if tak tahu dan try jgak belajar sendiri. Nanti tak de pegawai yang akan tunjuk satu-satu ubat, Kak Sha kate kebanyakkan nya akan expect kita belajar sendiri, kenali ubat sendiri. Tak pe take time pon yang penting usaha untuk belajar.
Rasanya cukup sampai disini perkongsian hari ini. Dikesempatan ini juga shanan nak ucapkan terima kasih kepada Kak Sha, Kak Anis (Rx15), Kak Nik (Rx15), Kak Lin (Rx15) dan jgak senior yang lain.. yang banyak share berkaitan PRP dan tak putus-putus update berkaitan PRP journey diorg. Doakan mereka semua ye moga Allah kurniakan kemudahan, kejayaan dan kecemerlangan dunia akhirat. Amiinnn. Maaf if ade yang terkurang.. If ade update or new info nak share, ruangan comment bawah ni sentiasa terbuka untuk semua. Bybye <3.
Hye sis, love to see your journey its very inspiring, my question is quite random but do you think is it possible to get married during prp posting?
ReplyDeleteHye dear. Of course possible. I also get married on my 2nd week of prp♥️.
Delete