Assalamualaikum, hai semuaaaa.... Sihat ke?? Shanan harap semua dalam keadaan sihat sejahtera. Amiinn. Shanan mintak maaf sebab lambat update pasal checklist ni as shanan busy sikit bercuti dan settlekan few things utk prp nanti... Okay jadi untuk entry kali ni shanan kongsikan sedikit berkaitan checklist dokumen dan perkara-perkara berkaitan sebelum lapor diri untuk PRP.
Sekali lagi shanan ucapkan tahniah kepada semua yg berjaya memilih penempatan untuk PRP bagi ambilan 1/2022. Mesti sekarang semua busy kan nak prepare ape yang patot. Jadi, shanan pon share la sedikit ape yang shanan dh siapkan untuk dokumen dan perkara lain. Untuk yang masih lgi tgh tunggu emel e-pharmacist korg boleh refer entry shanan yang sebelum ni Registration E-pharmacist untuk tgok persediaan yg perlu ada before dapat emel tu.
Bismillahhirrahmanirrahim. Ayuhlah kita mulakan.. Checklist kali ini shanan mulakan dengan perkara yang penting dulu ye which is dokumen-dokumen.
Okay nanti once dah download surat tawaran daripada sistem E-pharmacist, dalam tu akan ada checklist ni. Shanan share satu2 ape yg shanan buat ye.
1. Baca dan print semua borang atau surat yang diperlukan dalam list ni.
First shanan download dulu semua borang yang diperlukan, pastu print dan baca. Tapi saranan shanan baca dulu baru print sebab shanan punya borang hrtu ade salah sikit dkt sistem so tarikh lapor diri tu dia jadi tahun 2020. Shanan dh siap-siap print dh baru perasan yang tarikh tu salah, dah membazir kertas. Jadi, download n baca dulu setiap surat dan borang yang ade.
Based on check list dekat atas tu:
- No 1, 2 dan 3 boleh download secara terus daripada e-pharmacist sahaja.
- No 4 dan 5 perlu dapatkan daripada portal SPA. Boleh click link ni Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
- No 6 tu IC masing-masing, jgn lupa yg asal pon kene ade ye. Kalau hilg cepat-ceat report dan buat baru.
- No 7 ni untuk student UiTM, kami konvo lambat sikit. Jadinya, kami masih lagi tak dapat skrol degree kami. Based on senior-senior, diorang fotostat surat pengesahan tamat pengajian yang fakulti provide tu beserta official transkrip yang di mohon daripada UiTM dulu.
- No 8 is salinan sijil SPM, bagi yang hilg kene mohon semula ye dkt KPM dan ade bayaran kene buat. Tak silap shanan RM50 dan kene buat wang kiriman, tak boleh bank in, cash or cek rsenye. Ni boleh google je ye cara-caranya.
- No 9 pulak..haaa yang ni ramai yang konfius,, ye la kite sijilnya gune omputih.. tibe2 dkt list bahasanya melayu. Ni adalah kita punya PRP certificate yang kita terima melalui Prisma tu. Kalau tak download lgi or dh download hrtu tp lupe letak mane boleh pergi ke website ni PRiSMA
- No 10 ni pulak, shanan tak dapat lgi... ade yg kate nanti paling lewat seminggu before PTM bermula akan dapat. Jadi, tunggu aja lah kan..hehehehhe
Okay, masa baca segala borang ni especially No 1-3 tu tolong tengok betul-betul dekat bahagian nama, alamat(kalau ada), No IC dan tarikh. Lepas dh konfem semua betul barulah print. Untuk jumlah salinan (copy), shanan lebihkan 1 daripada jumlah yang diminta dalam checklist. Just incase kan... shanan ni mcm was-was sikit..biasela risau kan kot org terhilgkan borang kite sbb shanan banyak pengalaman borang hilang. Jadi lebihkan lah satu untuk keselamatan. Tak nak buat pon tak pe, tak de masalah...
2. Call fasiliti berkaitan, buat appointment (jika perlu) dan hadir pada tarikh yang ditetapkan
Disebabkan Pandemic Covid-19 ni, kebanyakkan pejabat ni perlukan appointment if kita nak berurusan tapi tak semua la ye. Mostly yang dekat negeri yang besar dan sibuk macam selangor, perak (ipoh), johor. So, ada beberapa fasiliti yang perlu kita call untuk tanya which are:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Klinik kesihatan (Medical Check-Up)
- Mahkamah Seksyen/ Firma Guaman
3 tempat dekat atas ni wajib kita call dulu untuk tanya if ape-ape urusan perlukan appointment tak. If perlu then tanya prosedur nak buat appointment macam mane, ade kene guna apps ke, ape ke. Tapi ape nak buat if diorg tak angkat call? Korang pergi ke fasiliti tu dan tanya dekat kaunter pertanyaan dy dan buatlah appointment dgn mereka. Ouhh,, msti korang pelik plak nak buat ape ke 3 tempat ni kan. Okay shanan share satu2.
- LHDN
Untuk yg ini korang pergi sebab nak matikan setem hasil . Nanti mase pergi ke LHDN korang kene bawak borang No 2 sebanyak 3 salinan (based on checklist atas tdi). Setem hasil tu nak beli mane? okay skrg ni dh moden kan, ade 2 cara, 1st (cara lama) beli setem hasil dekat pejabat pos (RM 10 each) sebanyak 3 keping (1 borang = 1 keping) tampal dkt borang korg (refer panduan yg boleh download dkt epharmacist nnti). 2nd korang datang ke LHDN (pukul 8am-12pm shj) dia akan buat slip auto dkt situ ja x yah dh setem2. Tapi untuk yang 2nd option ni, tak semua tempat ya ade.. mse call buat appointment tu boleh tny la.
- Klinik kesihatan
Yang ni pulak untuk medical check up. Haaa....Tak leh ke nak buat dkt swasta?! Based on kawan-kawan share tak boleh buat dekat swasta, boleh buat dkt hospital kerajaan sahaja. Shanan pon tak pasti kenapa mcm tu. Dan masa ke sini korg kene bawak borang No 5 yang lengkap diisi (bahagian yang berkenaan sahaja). Kalau ikot borang yg ada ni, tak perlu kan Xray. Jadi, shanan tak de buat xray pon sbb doc yg bwt medical check up pon kate tak payah. Untuk check gigi pulak ade yang kene dan ade yang tidak. Macam shanan, disebabkan klinik gigi tu satu bangunan je dgn klinik kesihatan tu so shanan mintak nak buat jugak check gigi dkt klinik gigi...Hahahahaha... sbbnye bukan senang nak dapat check gigi dkt klinik kerajaan, orang nye subhanallah ramai sentiase... Ape pon bab check up ni bergantung pada doktor korang macam mne. Jangan lupe check borang korg lepas dh settle, pastikan semua diisi lengkap. Ouh lupa pulak, dekat page 5 dalam borang ni ade perlukan tandatangan saksi. Pengalaman shanan, doc yg check shanan tu mintak kawan dia (which is a doctor jgak) dekat bilik rawatan sebelah untuk sign dan cop. Jadi lengkap dh borang shanan dia uruskan.
- Mahkamah seksyen/ Firma Guaman
Lastly is yg ni, okay yg ni adalah untuk settlekan borang No 4. Bagi borang yang ni korang boleh pilih nak pergi swasta or kerajaan... Ape beza kalau pergi swasta or kerajaan? hahahah bezanya bayar n tak je rsenye. Shanan pergi ke firma guaman swasta. Satu borang yang disahkan oleh pesuruhjaya sumpah kene bayar RM 4. Kalau nak buat salinan lebih boleh, ready je bayarannya. Borang tu isi lengkap dulu sebelum pegi. If ade konfius ke ape ke,, tinggalkan kosong je nanti tny dkt Pesuruhjaya tu. Ouh yg boleh sahkan borang No 4 ni is pesuruhjaya, peguam dan hakim rsenye.
Jadi lepas dh settle no 2 ni. Yang No 6-10 tu kan perlukan salinan daripada yg original kan. Salinan ni perlukan pengesahan dokumen diakui benar daripada Pegawai Kerajaan Gred A dan keatas. Sama jugak macam nak mohon PRiSMA haritu kan. Macam shanan rumah dekat sangat dengan sekolah, jadi mintak dekat penolong kanan or pengetua sekolah je utk yang ni. Maka selesailah dh la bahagian wajib based on checklist.
3. Call Hospital atau Jabatan Kesihatan Negeri (bg KK)
Haa yang call ni hanya untuk tanya tarikh lapor diri tu bila. Macam batch shanan (intake 1/2022), kami PTM online daripada 21/2 - 25/2. ada yang kata kene lapor diri 26/2 tu sebab nak kena buat swab test la ape la kan. Jadi, call untuk tanya tarikh lapor diri ke hospital or KK tu bila supaya kita boleh rancang perjalanan kita nak pindah rumah sewa ka, nak gerak pukul berapa ka. Untuk HTAR, kami kena lapor diri on 28/2, swab test semua buat on 28/2 tu.
Okay sekarang shanan kongsikan yang selainnya dimulakan dengan pembukaan akaun bank dan jugak acc KWSP.
1. Akaun Bank
Akaun bank ni penting sebab nanti dekat sini la akan masoknya gaji kita. Sekarang ni boleh gunakan mana-mana akaun bank. Nak guna yang sedia ada boleh, nak bukak akaun baru pon boleh. Shanan buat akaun baru sebab sepanjang hidup ni shanan ade satu akaun je tu pon sebab belajar... Jadi nak bukak la lagi satu akaun dan Shanan pilih Maybank. Shanan pilih Maybank sebab ade apps yang MAE tu je yg boleh buat tabung-tabung n expenses track tu hahahahha... Ni ikot keselesaan masing-masing ye bank mane yang korang percaya. Okay jadi untuk Maybank, kalau dekat perak ni kene buat appointmment dulu dkt website Maybank x leh walk in je..Haritu penat je shanan beratur panjang-panjang, smpai depan pintu dy cakap kena ada appointment...waduhhh buang masa gue ajaa. hahahahha.. Boleh click dekat sini untuk buat appointment
Maybank Appointment. Deposit RM 250 n nanti boleh keluar semula RM230. Minimum balance dalam acc kena ada RM 20. Dokumen yang diperlukan untuk bukak akaun di Maybank adalah Surat Tawaran Lantikan (Dalam checklist tu No.1, print lain la khas utk bukak akaun). dan jugak Kad Pengenalan. Bawak dua ni pergi ke kaunter nanti pegawai bank tu akan bagi borang untuk isi. Isi mane yang tahu je, if tak tahu biar je kosong, nanti tny pegawai tu. Dh selesai nanti jangan lupa mintak Confirmation letter (Surat Pengesahan Akaun) dan pastikan ada cop sekali dari pihak bank di Confirmation letter tu ye. Bagi yg nak guna akaun sedia ada, boleh ke bank untuk mintak confirmation letter tu if yg dulu dy bagi tu dah x de dalam simpanan. Bawak IC dan Kad bank yg dh sedia ada tu je.
2. KWSP
KWSP ni adalah caruman kita untuk mse pencen nanti. Sekarang ni kerja gov tak semua dapat offer skim pencen tambah kita lantikan kontrak je kan. Maka kene lah bukak akaun KWSP. Okay akaun KWSP ni kene pergi ke pejabat KWSP yang berhampiran nanti dalam tu ade kiosk untuk urusan pembukaan akaun. Okay kiosk ni sebenarnye sebijik mesin macam bentuk mesin ATM tu tp khas untuk bukak akaun KWSP. Dokumen yang diperlukan adalah Kad Pengenalan sahaja. Nanti dekat kiosk tu akan ada pegawai guide untuk register akaun. Jangan risau ye... Dan bagi yang dh kerja part time, korang boleh je guna akaun yang company korang dh buatkan, cume kene ada salinan maklumat akaun KWSP yg ade no IC, Nama dan No ahli. Boleh contact pihak KWSP untuk tanya ye. Ouh untuk KWSP ni shanan tak kene buat appointment, boleh walk in je. Heheheheh.. Boleh telefon dulu ye untuk tanya.
Jadi settle dh bahagian kedua kita. Now kite sambung ke bahagian ke 3.Maybe last kot..hahahaha... panjang pulak kan entry kali ni.. okay take 5 kejap...penat kan bace banyak-banyak ni...huhuhuhu.
Okay lessgooo.. shanan sambung dengan barang-barang dan peralatan tulis.
1. Cop dan nametag
Untuk Cop ni korang boleh contact senior-senior dekat hospital yang korang dapat. Tanya dekat diorg macam mana format cop hospital tu. Ade sesetengah hospital tak perlu pon buat sendiri, hospital sediakan. Macam hospital Shah Alam. Shanan kenal dgn senior UiTM pon sbb dulu merasakan kelas fizikal. Jadi bila ada join program sama-sama ke or jumpa-jumpa dkt fakulti dulu adalah save number senior-senior ni dan diorg sangat la membantu langsung tak lokek ilmu. Selain itu, korang boleh jugak cari senior dengan join group FB (Malaysia Pharmacy Graduates- Info Sharing Corner). As HTAR kene sediakan sendiri. So ini format untuk HTAR :
NAMA PEGAWAI
Pegawai Farmasi Provisional UF41
No. Pendaftaran Sementara: (PRP No)
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Shanan x dapat nak share gambar cop shanan sebab tk siap lgi. Chinese New Year kan,,, so kedai tu tutup this week, next week baru bukak..Shanan punya cop 4 baris je, kalau nama panjang boleh jadi 5 baris. Nama penuh ye.. Harga cop shanan RM 36 sbb shanan beli yang skali dgn ink dkt dalam tu,,, sbb kalau tak nnti kene beli stamp pad skali, renyah plak.
Untuk nametag pulak shanan tempah 2 sebabnye masetu kedai tu buat offer 2 RM 12 je... Selalu beli satu RM 8. Dan sje spare takot hilg or rosak, Nametag shanan beli yang magnet. Nak jarum pon boleh, kalau kedai shanan ni harga sama je. tak nak pakai jarum sebab nanti rosak tudung.
Ni nametag shanan. Shanan cakap dekat kedai tu nak tgok nametag standard size untukgovernment sector. Pastu ade 2 pilihan je. Satu lagi kecik sikit dari ni. Kalau sekali tengok tak de beza pon.. Harga pon same, so shanan ambik la yang besor ni. Untuk nama selalunya buat 1 patah perkataan ja.. tp entah kenapa shanan buat 2 patah perkataan.. hahahahah ibu shanan pon cakap selalu org letak satu ja... Tp tak pe la..dh tempah kan..x de masalah pon..kot2 nanti dkt tmpt kerja ade org nama sama, boleh la bezakan sorg ade nur sorg tak de.heheheheeh.
2. Print Logbook
Okay untuk print logbook ni ikot la KK dan hospital masing-masing macam mana ye. Kalau HTAR, print sendiri tapi tak perlu binding tepi dulu.. nanti baru bind. Boleh dh la nak selak-selak logbook tgok ape yang perlu..hehehe.
3. Baju
Kalau kerja kerajaan ni selalunya ade etika pemakaian.
Kasut pon same ade etika nya kene kasut bertumit warna hitam. Tapi korang boleh tny senior-senior dkt hospital or KK korang macam mane dekat sana. Kalau HTAR, senior cakap awal-awal lapor diri pakai la kasut bertutup warna hitam x bertumit pon x pe. Shanan agak kasut PVC macam kite dkt sekolah dulu la kot. Untuk baju pulak pakai baju kurung. Ade tmpt yang strict perlu pakai baju bercorak batik Malaysia on hari khamis. Nak selamat prepare la satu baju kurung corak batik Malaysia just incase kene pakai kan. Tambah pulak if ade event rasmi hari khamis. N ade hospital ade kelonggaran boleh pakai blouse dan kain. Jeans mmg tak boleh pakai. Update: Seluar slack boleh ye bagi perempuan. Kene pakai dengan baju yang bersesuaian. Jadi, korang tny-tnylah senior ye mcm mne nanti.
Shanan sediakan baju kurung 8 pasang...hehehehe awal-awal ni kan takot tak cukup nak rotate baju tu so lebihkan la 3 pasang. Ade senior suggest sediakan 10 pasang buat 2 minggu terus. Iron siap-siap on weekend tu utk baju pakai seminggu. Balik kerja tak de fikir dh pasal baju. Hahahahaha.. Tp ikot korang nak sediakan berapa asalkan cukup untuk pergi kerja.
4. Rumah Sewa dan pengangkutan
Bagi yang dapat jauh daripada rumah sendiri, mestilah kena menyewa kan. Jadi, korg boleh buat pilihan nak sewa bilik or nak sewa rumah. Sewa bilik ni jimat la sikit kan tp kena tgok jugak la housemate macam mana tambah pulak kita tak de dekat rumah nak tinggal barang semua. Lebih baik lagi korang pergi tengok bilik/rumah sewa tu before korang bayar deposit dan confirmkan dengan orang tu. Risau 2 perkara ,1st scammer dan 2nd indah khabar daripada rupa je nanti. Untuk pengangkutan nak ke tmpat kerja tu kena ada. Kalau yang ade kereta tak pe boleh je pakai kereta, yang tak de korang kene cari inisiatif lain untuk pergi tempat kerja, if boleh access dgn public transport, korg kene tgok jadual public transport tu mcm mne, okay tak. Or korang boleh carpool dgn PRP yang lain, boleh cari geng2 yang ada.
5. References
Kalau tny shanan, hmmm tak bnyk la shanan prepare, shanan baru je download apps yang National Antimicrobial Guideline 2019 tu dkt playstore, dalam tu semua ade CPG, calculator. Dulu shanan pakai bluebook je, tp yg ni lagi function org kate, shanan tak godek lgi la apps ni dengan lebih detail..hahahahah. Shanan jgak ade buat flipnotes shanan sendiri, tp tak sempat la nak buat semua baru Hypertension dan Atrial Fibrilation je. yang lain tu shanan tgh bace lgi CPG nya..busy sikit kan cuti sekolah ni,, bnyk berjalan je..heheheheh.. Ade yg cakap boleh jgak beli up-to-date dkt shoppe. Tp ape pon prepare la sikit-sikit dan study common illness dkt malaysia ni mcm Hypertension, DM, ubat common cold, sikit2 pasal ubat cardio, asthma.
6. Format /Clearkan storage fon dan laptop
Yang ni masih dalam proses lgi..hahaha maklum la lgi lame mase bercuti ni lagi bnyk la berjalan. So gambar dlm fon tu mmg la x sempat-sempat lgi nak clearkan. Senior ckp sebab nanti kite akan bnyk simpan file, ambik gambar medical chart. So tak nak tercampur skali urusan peribadi dan kerja kan. Kalau ade rezeki lebih haaa beli la lagi satu fon khas untuk kerja je ke. Hahahahaha shanan guna je fon yang ade.
7. Gambar passport
Nanti senior kate ade perlu guna gambar passport. Korang boleh ambik gambar berlatar biru. Shanan buat copy 8 keping n ambik gambar dekat kedai. Skrg maju dh dkt shoppe pon boleh tempah, ambik gambar sendiri je lg jimat. Sebab kalau kedai RM 15 utk 8 keping termasok softcopy. Mahal sikit la. Dekat shoppe shanan tak sure exact range harga dy tp murah lagi la dr kedai.
Okay shanan rase dh panjang dh ni n boleh muntah orang nak hadamkan dalam satu masa. Tak pe slow-slow ye. Moga bermanfaat untuk semua ye...if ade info terbaru yang rse perlu shanan tambah comment je ye..nanti shanan update. Semoga semua urusan kalian dipermudhkan. Inshaa Allah. Byebye<3
Alhamdulillah Tahniah syanan.Saya Amirah,mohon jugk spa sesi 1 tpi dah terlambat so xdpt..Doakn saya dpt sesi ke 2 nti..Xsure bila May/June..Btw PTM mmg tru online ye,mira mati2 ingt buat dkt hotelš..Anyway all the best to you.Doakn utk kita ye nk dpt prp dkt KK sebab dah ada family☺
ReplyDeleteHaii Amirah. Ouh for new session ni tak pasti la pulak if ptm buat dkt hotel. Amiiinnn inshaa Allah, moga dipermudhkan semuanya
DeleteHaiii.. nk tnya.. utk kite complete kn smua borang2 before msuk prp tuu usually dia bg masa selama mana yea? Cm byk jgk tuu.. hehehe
ReplyDeleteHaiii Izzati. Ouh mcm batch shanan dy bagi about 3 minggu mcm tu
DeleteOhh.. okay shanan.. zati pun tgh tggu panggilan untuk masuk prp nii.. tak taw la bila panggilan untuk tahun ni.. anyway tinkiu shanan.. blog shanan byk mbntu zati settle Kan urusan sebelum msuk prp..hehehe.. keep updating taw.. nk baca.. hehe
ReplyDeleteThank you sudi baca. I wish you all the best for PRP nnti♥️
DeleteShanan, nak tahu duration lepas dpt tahu prp kat tempat mana dgn tarikh lapor diri..lama tak
ReplyDelete