Registration dan isi penempatan di E-pharmacist

     Assalamualaikum semua, hai....Ape khabar? Harap semua baik-baik sahaja. Lama dah rasanya tak menulis dalam blog ni,,, hehehe.. First of all, shanan nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang menerima tawaran lantikan kontrak untuk pengambilan 1/2022 ni. Alhamdulillah shanan pon dapat jugak. Nervousnyaa Allah je tahu.

    Okay so untuk entry kali ni shanan nak kongsikan berkaitan pengalaman shanan mse nak register dan isi penempatan epharmacist haritu. Sebelum shanan mula dgn detail on persediaan dan persiapan shanan share dulu la ape epharmacist tu. E-pharmacist ni adalah sistem yang kita (calon pegawai farmasi) akan gunakan untuk buat permohonan penempatan atau penangguhan. Ini hanya untuk yang nak masok hospital atau klinik kerajaan sahaja. Kalau swasta tak guna sistem ni. Okay sebelum tu, pastikan dah buat permohonan melalui SPA dulu ye, kalau belum boleh rujuk entry shanan yang sebelum ni Permohonan di SPA .

    Permohonan penempatan ni maksudnya kita nak kene pilih tempat nanti nak kerje dekat mane... Haaa mesti excited kan boleh pilih tmpat kerja tu dekat mana..Hahahahah jangan seronok sgt lgi ye semua.. indah khabar dari rupa ja... Dalam entry ni shanan akan kongsikan persediaan sebelum dan semasa nak isi Epharmacist ni. Untuk perkara selepas shanan sambung dkt entry lain ye (sebab tu lgi panjang...hihhihi).. Ayuhla kita mulakan.. Bismillah.

    Persediaan sebelum isi E-pharmacist

1. Senarai hospital atau klinik kesihatan (KK)

Sebelum korang semua nak kene hadap sistem e-pharmacist ni, korang boleh buat senarai hospital atau KK yang korg nak pergi. Tak semua KK dan hospital ye ambik PRP, jadi korang boleh rujuk dekat link ni Senarai Premis Latihan PRP (klik dekat bahagian Senarai Premis Latihan PRP dibawah KKM). Untuk buat senarai ni, shanan suggestkan untuk korang sediakan untuk 2-3 negeri yang korang paling nak. Contoh: Selangor (6 hospital 3 KK), Perak (3 hospital 2 KK), Negeri Sembilan (1 hospital, 5 KK).

Korang list tu betul2 dan tulis nama penuh hospital tu jgn shortform2. Untuk memudahkan nanti mase nak isi penempatan tu.Sebab nama hospital tu ditulis penuh takot keliru nanti. Fikir baik-baik nak mintak negeri mana, bincang dengan keluarga masing-masing ya.


2. Cari internet connection yang stabil. 

    Okay untuk isi E-pharmacist ni sgt la singkat masanya. Bukan itu je, dapat emel yang ckp kita ditawarkan lantikan pon sehari je sebelum kita nak isi penempatan tu. Masa intake 1/2022, kami terima emel tawaran lantikan pada pukul 10 pagi cmtu (rsenye x igt tp pagi la) on 26/1/2022 dan 27/1/2022 adalah tarikh untuk isi E-pharmacist(yang nak rebut pilih tempat ni). jadinya, internet connection kene stabil.. jgn tny la sy berapa Mbps dikategorikan laju or stabil...hahahah sy tak tahu... tp rumah shanan guna unifi (50Mbps) mse check tu la tp tak tahu la bohong ke ape ke apps tu...hahaha... 

    Ramai jgak kawan2 shanan pergi cybercafe (CC) sebab nak dapat kan internet yg stabil... Msti pelik kan kenapa nak internet stabil, kuat dan laju ni.. penting ke? hahaha okay macam ni, untuk isi epharmacist ni, kite kene isi serentak dengan orang lain dan sistem ni guna kaedah first come, first serve. Kate kan lah intake kali tu ada 200 orang, memang semua akan dapat tempat cuma di mana tu kelajuan internet juga takdir Allah yang menentukan. 

    Okay secara jujurnya, bagi korang yang nak mohon di negeri selangor dan pantai timur (kelantan dan terengganu) korg memang kene ade internet yg stabil dan laju sebab 2 negeri ni 'hotspot'. Mse shanan hrtu dalam mase kurg dari 10 minit daripada bukak je sistem tu 2 negeri ni dh penuh dah. Cepat kan hbes...haaa sebabtu kne ade internet yg stabil. So, boleh dh pakat2 cari CC or survey CC yg terdekat dgn area rumah masing-masing. Shanan pon buat dekat rumah je sebab CC area rumah ni tutup dh sejak PKP..shanan x tahu CC dkt tmpt lain.


3. Baca dan hadamkan Manual E-pharmacist 

Manual E-pharmacist ni ada tunjuk sikit nanti sistem tu mane ke ghopenye. Jadi nanti tak de la kita gelabah nak tekan kene buat ape and tekan dekat mane kan. Manual ni korang boleh dapatkan dekat sini Manual E-pharmacist. Baca satu persatu dan hadamkan semuanya slowly. Jangan terburu-buru.


4. Register E-pharmacist.

Bila dapat je emel tawaran lantikan, terus pergi ke link Pendaftaran Baru untuk register account. Nanti dh klik link tu, korang akan nampak macam ni


Masokkan No IC korang dekat sini, dan nanti dy akan keluar mcm ni pulak


Jadi, registerkan lah diri anda ke dalam sistem ni. If dah berjaya register, pastikan korang terima emel ye yang menyatakan pendaftaran korg berjaya. Jangan risau..ni baru register akaun, belum lgi rebut2 tu... Selalunya rebut2 tu esoknya (sehari lepas terima emel).

5.  Cari dan ambil tahu maklumat yang perlu di isi.

Basically, nanti mse nak isi epharmacist tu semua maklumat kita dh ada (auto-fill daripada SPA) kecuali beberapa maklumat je which are:-

- Bilangan adik beradik (termasuk diri sendiri)

- Kewarganegaraan

- Bilangan anak (bg yang sudah berkahwin)

- Pembiyaan (scholarship-kalau x de terima ape2 biasiswa nnti ade option sendiri/tiada)

- Lain-lain kelayakan pendidikan (asasi/matrikulasi/diploma)

- Tahun kelayakan (tahun graduasi/tamat belajar)

Ini sahaja maklumat yang perlu kita isi..yang lain tu kita check je semula..if ada salah ke boleh ubah... korg tgok ye dekat manual tu maklumat2 yang ada.


    Semasa mengisi E-pharmacist

Okay masa isi E-pharmacist ni dalam 10 minit sebelum tu korang bersedia dah depan laptop, bukak siap2 link ni Log in E-pharmacist. Masokkan No. IC dan password siap2. Jgn gatal tgn  tekan hantar untuk log in before masa yang diberikan. Sistem ni bukak on time. Macam shanan dulu sisem bukak pukul 12. Jadi tepat je pukul 12 terus tekan hantar untuk log in. Awal2 tu memang akan loading sikit dalam 30 saat gitu. Tunggu dan sabar ye. Dan seperti dalam manual, kite akan kene isi 3 bahagian. 

Bahagian 1: Maklumat diri, 

Bahagian 2: Pendidikan 

Bahagian 3: Penempatan. 

Mase isi Bahagian 1 dan 2 tu check semua betul2 dan cepat. Dah betul tekan seterusnya. Selalunya memang akan loading sikit, sabar, jgn tekan-tekan bnyk kali. Hang laptop jap lagi. Yang paling nervousnya is Bahagian 3. 




Nanti dekat Bahagian 3 ni korang kena masokkan pilihan negeri, please isi dulu pilihan negeri kalau tak list tu akan keluar panjang semua hospital dan KK dalam Malaysia yang offer for PRP placement. Susah nanti nak cari hospital korang nak, risau tersalah tekan nak go back susah. Lpas dh pilih negeri, korang click yang pilihan penempatan tu, nanti dy akan list out la tempat yang masih lagi available waktu tu. Sisitem akan paparkan jugak kekosongan dkt hospital tu mcm contoh dekat atas ni

Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru (14 kekosongan)

Jangan seronok sangat kalau korang nampak banyak kekosongan tu, dalam mase yang sama korang nak isi ni ade jgak 14 orang lain yang sedang mohon jgak. So, internet sapa laju, tgn sapa cepat tekan hantar, dia akan dapat... 


Nak tahu berjaya atau tidak, bila dh tulis macam ni... korang download cepat-cepat surat tawaran korang tu. Bukak dan tengok ada tak tulis nama korang, alamat rumah, no ic dan jgak nama hospital/kk yang lengkap dekat surat tawaran korang tu. Kalau ada, alhamdulillah dan tahniah, korang berjaya...hehehe.. Kalau tak keluar atau kosong je bahagian dalam gambar ni (x de tulis nama hospital) dan dalam surat tawaran pon tak de bermaksud korang tak berjaya dapat tmpt dkt hospital yg korg klik tadi tu.. Korang perlu log in guna tab lain dan isi semula daripada bahagian 1. Btw Alhamdulillah shanan dapat placement dekat HTAR. Shanan mmg nak ke selangor dan saingan memang sengit. Masa shanan isi tu HTAR tinggal 2 kekosongan sahaja. Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

In case la korang tak dapat tempat yang korang nak (negeri/hospital) korang boleh buat penangguhan. Penangguhan ni maksudnya korang takkan mula PRP sama macam kawan2 yang dapat intake tu.. korang akan join intake seterusnya which approximately 3-4 bulan daripada intake yg korang buat penangguhan tu. Shanan tak dapat nak share cara buat penangguhan sebab shanan tak melalui proses tu. Tapi ade tulis dalam manual. Boleh rujuk untuk detail. 

Shanan rasa itu sahaja perkongsian kali ini berkaitan registration Epharmacist.Yang paling penting teruskan berdoa dan minta juga keluarga dan kawan2 doakan kita. Doa moga tmpat yang kita ingini itu adalah tempat yang terbaik dan ditakdirkan oleh Allah untuk kita. Inshaa Allah, kita hanya merancang, tapi Allah adalah sebaik-baik perancang.  Mohon maaf kalau ada yang terkurang daripada shanan. Shanan ucapkan all the best kepada semua untuk pilih penempatan nanti dan kepada rakan-rakan intake 1/2022 shanan doakan agar urusan kita semua dipermudahkan Inshaa Allah. Sampai disini saja entry kali ni.. Byebye <3.

Comments

  1. Untuk student uitm yg tamat belajar ogos 2022, mmg kena mohon next year 2023 eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Usually x sempat utk apply on the same year. Sbb dy mcm ade cut off time utk isi prisma n spa

      Delete
  2. Maksud pembiayaan tu scholarship kita dapat time belajar degree dulu ke?

    ReplyDelete
  3. Akak ada tak kawan kawan yang PRP di Institut Kanser Negara..teringin nak tahu pengalaman dorang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Checklist Before Lapor Diri PRP

Permohonan Jawatan Pegawai Farmasi UF41 melalui SPA (PRP at Government Sector)