Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Haii semua... Harap semua sihat dan sentiasa dalam rahmatNya inshaa Allah. So, entry kali ni shanan rse nak share about macam mana nak apply PRP certificate or PRP number melalui website PRiSMA. Sebelum tu, congratss semua yang dh graduate!!!! anda bejaya survive...Barakallah,,,,
Before kite masok macam mana nak apply kan... maybe ade yang tak sure PRP tu ape kan.. okay.. PRP ni stand for Provisionally Registered Pharmacist. It is a 1 year training lebih kurg macam HO (untuk student medic) cuma bezanya medic lgi lama 2 tahun. Dulu2 wajib berkhidmat dkt hospital or klinik kerajaan rsenye tapi skrg ade Liberalisation of PRP yg membenarkan kite untuk conduct our PRP dkt private hospital, industry, community pharmacy and academic institution recognized by Pharmacy Board. Yang bahagian liberalisation ni boleh refer dekat https://www.pharmacy.gov.my/v2/en/documents/guidelines-liberalisation-prp-training-private-sector-graduates-pharmacy-degree-programme.html
Okayy, tak kisahlah korg nanti nak pergi mane, private hospital ke, industry sekali pon.. semua kene apply PRP number ni. First of all shanan share dulu ye dokumen yang akan diperlukan untuk apply PRP number:
- Salinan mini transkrip (sem 1-sem 8)
- Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian
- Salinan Keputusan PKUMF (forensic exam)
Semua salinan ni perlu pengesahan
pegawai gred A kerajaan atau
pegawai farmasi swasta (mesti tulis sekali annual certificate number pegawai tu). Okay untuk pengesahan ni ramai yang ade problem. Cuba elakkan mintak daripada Ketua Kampung ye sebab batch shanan haritu ramai yang kene reject and perlu resubmit. Paling mudah shanan rase pergi ke sekolah dapatkan daripada guru besar (sekolah rendah) atau penolong kanan, pengetua (sekolah menengah). Boleh call dulu pejabat sekolah ye untuk tanya. Ouh untuk anyone yang tak tahu PKUMF ni ape boleh go to entry sblm ni
https://shanannsh.blogspot.com/2021/10/pengalaman-menduduki-peperiksaan.html
Untuk mini transkrip dan surat pengesahan tamat pengajian boleh mintak pada pejabat fakulti masing². Kalau UiTM kami ade google form yang kami kene isi dan nanti Staff Fakulti akan emel dokumen yang diapply. Anggaran masa utk dapat mini transkrip dan surat pengesahan tamat pengajian tu dalam 2 hari bekerja.. sekejap je sebab staff fakulti uitm perform...hehehehe.. Make sure ye korang pastikan transkrip korg tu dah disign oleh org yang sepatotnye ye. Shanan haritu tak perasan Penolong Pendaftar Fakulti tak sign lgi shanan pny transkrip dan terus je mintak pengesahan pengetua dan hantar application tu dan of course pihak Prisma tak terima.hahahahaha... So kene apply baru dan sahkan dokumen lgi sekali.. Jangan lah jadi seperti saya buat kerja sama 2-3 kali.. waste of time..
Settle semua dokumen ni dan dah dapatkan pengesahan, korang click link ni
https://prisma.pharmacy.gov.my/ . Untuk yang first time bukak boleh click first time log in. Yang sudah ada akaun click log in je.
Nanti korang perlu isi dulu profile korang. make sure semua lengkap dan betul especially emel dan phone number. Once dah settle isi profile. Korang click pada My Application dan cari Provisionally Registered Pharmacist (PRP) dan click apply.
- Isi butiran peribadi korang, pastikan lengkap dan betul.
- Bahagian address pulakkan nanti ade 2 part satu home address, satu lagi practice address. Isi same je practice address dgn home address tu,, shanan guna alamat rumah. Dekat bahagian address tu last skali tak perlu letak koma (,) ye sebab tanda koma (,) tu akan autogenerate oleh sistem. Shanan haritu type koma(,) macam biasela kan kite tulis alamat rumah..skali dapat emel suruh betulkan...hahaha..
- Date of graduation tu shanan refer pada surat pengesahan tamat pengajian, penjuru atas bahagian kanan surat (tarikh surat pengesahan tamat pengajian dikeluarkan), tak same ye dgn kawan2 yg lain.. ikot surat masing2.
- 3 dokumen yg shanan list dkt atas tu perlu diuploadkan. Shanan scan n convert file to pdf. Naming file ikot je masing2 tak de requirement pon. ouh lupe pulak, salinan mini transkrip dan surat pengesahan tamat pengajian tu merge kan jadi satu pdf (tak kisah mane satu muka surat first), yang keputusan forensic exam/ PKUMF tu satu pdf lain.
Lepas dah settle isi, check semula.. shanan mintak kawan2 checkkan. Rase dah lengkap, tak de yang ragu2... dengan lafaz bismillah korang boleh tick part declaration dan submit application. Once kite submit kite tak boleh edit dh ye.. kalau tak konfiden lgi nak hantar, simpan as draft dulu. Lepas dah hantar, korang kene hari2 check emel korang ye, check spam sekali. Sebab ape2 pembetulan pasal permohonan ni akan dihantar melalui melalui emel. Bawah ni contoh emel yang shanan dapat la untuk pembetulan... hehehe
Lagi banyak pembetulan, lagi lame la proses dy.. hehehe.. shanan pny application ambik mase seminggu jgak la..ape pon Alhamdulillah on 30/9 haritu settle and approved. Once approved, we will be notified via emel. Bukak balik account prisma, then boleh tgok dan download certificate korang dkt situ. Tadaaaaa.. alhamdulillah this my certificate...
Okay untuk entry kali ni rasenye cukuplah sampai sini dulu... Next maybe nak kongsi permohonan official transkrip or SPA kot... Hope bermanfaat pada semua.. take care semua.. bye bye<3.
Entry paling lengkap dan senang faham. terima kasih yaa
ReplyDeleteHai.. thank you sudi baca n all the best for your prp soon❤️
DeleteHi, saya nak tanya untuk pengesahan tu.. kalau penolong pendaftar fac x sign transcript, and hanya minta sign pharmacist boleh ke?
ReplyDelete