Pengalaman menduduki Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi (Forensic Exam)


 Assalamualaikum and Salam Sejahtera 

Haii semua.. Shanan harap semua sihat je hari ni.. Moga kita semua sentiasa dilindungi daripada wabak Covid-19...Kepada yang tak sihat atau dalam kesusahan sekarang.. Shanan doakan moga Allah kurniakan kesembuhan dan permudahkan urusan semua.. Inshaa Allah. 

Okay untuk entry kali ni Shanan nak kongsikan berkaitan pengalaman shanan menduduki Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi (PKUMF) or dkt fakulti kami panggil forensic exam.. Jgn tny kenape tau panggil forensic exam.. shanan pon tak sure..hihihihi.... 

Pengalaman batch shanan (Rx16), PKUMF kami ditunda daripada 16 Disember 2020 kepada 24 Mac 2021 sebab pandemik ni kan dan alhamdulillah shanan lulus after first attempt. Basically PKUMF ni berkaitan dengan akta (Act and Regulations) yang perlu dipatuhi oleh pegawai farmasi sepanjang kita handle semua jenis ubatan dan dadah dkt hospital, retail (kedai ubat/ farmasi) dan kilang (industry). Buat junior2 yg masih tak tahu lagi tntg akta2 ni jgn risau ye nanti korg akan belajar ada dalam syllabus... Boleh refer dekat entry sebelum ni ade course outline try cari Ethics and Legislative (ni nama subject yg belajar akta2 mse batch shanan). 

First of all kite go to syarat kelayakan untuk menduduki PKUMF ni. Based on Portal Rasmi Program Perkhidmatan Farmasi KKM (updated 21/9/2021) kategori pelajar yang layak menduduki PKUMF:-

  1. Graduan yang ingin memohon untuk mendaftar sebagai Ahli Farmasi Provisional (PRP).
  2. Ahli Farmasi Provisional (PRP) yang sedang menjalani latihan provisional di Malaysia (telah mendaftar sebagai PRP sebelum November 2016).
  3. Ahli Farmasi bukan kategori PRP yang mempunyai kelayakan ijazah farmasi yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) seperti berikut:
    • Ahli Farmasi yang telah berdaftar di luar negara dan ingin berdaftar di Malaysia
    • Ahli Farmasi warganegara asing yang ingin memohon untuk Pendaftaran Sementara dengan LFM
  4. Pelajar farmasi tahun tiga, tahun akhir (tahun 4) dan pelajar yang telah bergraduasi (belum dibuat penempatan latihan) dari program farmasi yang diiktiraf oleh LFM

Kalau kite tengok syarat kelayakan tu ade cakap pelajar farmasi tahun 3 (sem 5 dan sem 6) dah layak untuk ambik PKUMF ni... tapi untuk batch shanan, most of us ambik lepas kami belajar subject Ethics and Legislatives. Jadi, shanan ambik mase cuti sem 7. Boleh je tak de masalah nak ambik mase sem 5 dan sem 6, cuma waktu tu agak busy sikit la dengan final year project (FYP) . Sebab tu shanan rse mcm susah sikit nak ambik exam ni mase 3rd year tkot tak balance dan x dpt score akademik dan PKUMF ni.

Untuk PKUMF ni format exam dy adalah open book test 100 soalan MCQ ada pilihan jawapan A,B,C, dan D. Sistem permarkahan adalah Negative Marking System which means if 1 soalan salah 0.25 markah akan ditolak dan if kite tinggal soalan tu (tak dijawab) tiada markah akan ditolak. Untuk lulus kite perlu dapatkan minimum 50% (50/100).

Lega kan dengar open book test. Jangan excited dulu ye walaupun open book test soalan dy sangat la tricky. Okay, sekarang shanan share list of buku dan notes untuk rujukan yang boleh bawak masok masa exam nnti. 

  1. Malaysian Laws on Poisons & Sale of Drugs yang merangkumi akta dan peraturan seperti berikut:
    • Poisons Act 1952 & its Regulations
    • Sale of Drugs Act 1952
    • Control of Drugs and Cosmetics Regulations 1984
    • Registration of Pharmacists Act 1951 & its Regulations
    • Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 & its Regulations
  2. Dangerous Drugs Act 1952 and its Regulations
  3. Code of Ethics for Pharmacists 2018
  4. Malaysian National Medicine Policy 2012
  5. Good Governance for Medicine

Untuk rujukan ni No.1 dan No.2 tu shanan beli buku dan No.3-No.5 tu shanan download daripada https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/peperiksaan-kelayakan-mengamal-farmasi.html

Rujukan No.1


Rujukan No.2

Untuk 2 buku ni shanan harap korang boleh beli the latest edition sebab edition lame2 ade berbeza sikit akta2 sbb update dari masa ke masa kan. Shanan beli buku ni melalui https://kamalworldsupplies.com/
search je nama buku ni dkt search engine website tu. Tapi kalau untuk student UiTM normally setiap batch akan ade ketua yang collect nama untuk beli ramai2..harga shanan x pasti berbeza tak if beli sendiri. Boleh jugak korg nak beli ramai2 dann share postage kan lagi jimat...hehehe... Shanan beli dulu harga both dalam RM 65 (exclude postage) tapi if korg tak mampu nak beli korg boleh pinjam dari senior2.. ouh boleh contact senior2 jgak tny ade yang nak jual tak selalu murah je diorg jual tapi tu la senior punya bukan latest edition.. beza dy tak banyak la tp mmg ade akta yang berbeza dan kalau korg rajin korg guna je yg lame tp revise balik dgn kawan2 yang beli buku latest edition. Rujukan yang kite bawak masuk exam ni kalau boleh minimizedkan contengan ye dan jgn tampal2 sticky notes plak dalam tu.. nak gune highlight boleh je. Mase shanan dulu tak strict sgt dy check buku kite conteng2 ke tak. 


Exam ni setahun ade 3 kali. Untuk calon persendirian, tarikh tutup dan buka pendaftaran tu korg boleh refer portal ni https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/peperiksaan-kelayakan-mengamal-farmasi.html . Untuk student UiTM pendaftaran ni fakulti akan uruskan. Alert je dengan announcement yang ketua batch korg or lecturer akan buat untuk pendaftaran nnti. 

Mungkin ade yg tertanya tanya kan what happen if gagal exam. Selagi kite tak lulus exam ni kite x boleh daftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia untuk mulakan career kite as pegawai farmasi. PKUMF ni msti lulus (wajib). Tapi if kita tak lulus jgn risau dulu..kita boleh ambik semula (retake) exam sampai kita lulus. Shanan rase tak de pon maximum berapa kali boleh ambik. Tapi korg boleh call bahagian pendaftaran PKUMF ni untuk tny detail pasal retake exam. Tarikh untuk retake exam ni boleh rujuk link yang same dekat atas tu. Bagi shanan this is the biggest exam la sbnrnye untuk student pharmacy selain final exam setiap sem tu kan. Sebab selagi tak lulus kite tak boleh jadi pegawai farmasi. Cuak sikit disitu..huhuhuhu

Pengalaman study dan preparation shanan buat utk exam ni yg paling penting, buat past year question sebnyak mungkin dan discuss dalam kumpulan. Kalau ade lecturer lagi bagus la. Macam shanan dulu kami kene kuarantin 10 hari before exam ni. Jadi mmg 10 hari tu pulun study dan buat soalan past year dengan kawan2 dan dikesempatn ini jugak shanan nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat Dr. Muhammad Faiz, RP Subject Ethics and Legislatives yang dah buat few onlline class untuk discuss same2 jawapan past year dan tak jemu nak jawab ws shanan tny jawapan2 past year..heheheh.. Thank you Dr. Muhammad Faiz Othman. 

Dalam 10 hari tu, 1stly shanan khatamkan dulu both buku yg dekat atas tadi tu.. Shanan ni bab membaca laju sikit so dalam 3 hari habis dah bace both buku tp baca je la faham tu tak lgi..hahahaha.. Lepas tu search for few words yg shanan tak faham sebab buku tu guna akta kan dan dalam bahasa inggeris, jadi ada terminologies yang shanan x familiar. Then baru shanan buat past year question dan perbincangan berkumpulan. Bincang berkumpulan tu jangan ramai2 tau. Boleh buat dalam 5-6 orang ke or berapa orang yang korang selesa tp recommended bawah 6 org utk elakkan jadi bawang rangers pulak. hehehehe.. Ouhh Shanan ade jugak few past year question dan jawapan yang shanan dh buat dulu.. kalau korg nak boleh je emel shanan, nnti shanan share (emel: shahirahanan27398@gmail.com) 

Shanan rse smpai sini dulu kot entry kali ni... Hope bermanfaat untuk semua.. Take care semua.. All the best PKUMF nnti.. bye bye <3


Comments

Popular posts from this blog

Checklist Before Lapor Diri PRP

Permohonan Jawatan Pegawai Farmasi UF41 melalui SPA (PRP at Government Sector)

Registration dan isi penempatan di E-pharmacist