Farmasi UiTM Puncak Alam

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya setelah lebih sebulan officially graduated from Bpharm UiTM, baru diberi kesempatan untuk bukak semula blog ni..hihihi. Blog ni dah lame dah ade since 2018 rasenye tp lame tak 'ziarah'. Post yang lame2 tu kite dh delete. Jadi, kite nak bergiat aktif semula dan untuk kali ni rase macam nak kongsi pengalaman mase belajar dekat UiTM Puncak Alam dulu. 

Sebelum kita mula, Shanan share sikit about my education background. Shanan sambung degree dekat UiTM Puncak Alam pada September 2017 dan sebelum2 tu shanan study dkt Matrikulasi Perak (PST-Modul III). Dekat UiTM ni shanan dapat tawaran untuk sambung kursus (course) Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) selama 4 tahun (8 semester). 

Okay, tujuan utama post ni adalah untuk share pengalaman dan maybe boleh bg overview pada kawan2 dan adik2 yang dapat tawaran untuk sambung belajar di Fakulti Farmasi UiTM. Ouhh,,terlupa pulak..Shanan nak ucapkan Tahniah kepada adik2 dan kawan2 yang telah berjaya diterima utk sambung Farmasi di UITM Puncak Alam. Congrats semua!!!

Utk posting yang pertama ni, Shanan kongsikan dulu berkaitan pendaftaran masuk, cara nak register student portal dan sikit pasal kolej.  Okay, lesgoooo....

Mase sebelum pandemic covid ni dulu, untuk pendaftaran semua kami buat secara fizikal dekat Dewan Berlian dan of course kami ade orentasi selama seminggu (rasenyela seminggu x igt dh bab orentasi ni sbb dh lame dh).  Tapi untuk skrg ni pendaftaran dibuat secara online je jadi my pengalaman mse pendaftaran ni might be not useful utk adik2 yang baru nak masok ni. Untuk pengetahuan semua, dalam UiTM Puncak Alam ni macam ade 2 bahagian. Main campus dan Alam bina.  Alam Bina ni khas untuk pelajar fakulti2 berkaitan seni bina macam tu. Alam bina ni mcm kampus kecil dalam UiTM Puncak Alam ni sebab fasiliti semua lengkap macam surau, kafeteria, kolej, tempat rekreasi, kelas, fakulti semua setempat. Utk kite fakulti farmasi ni dekat Main campus. Tapii, mase orentasi dulu, kami kene stay selama 5 hari (rasenye) dekat Alam Bina. Dan lepas habis orentasi tu baru la kami kene pindah ke Main kampus (still dalam UiTM Puncak Alam jgak) tapi jauh laa kene naik bas.. Bayangkan la kami yg perempuan ni barang banyak nak kene pindah pulak ke kolej dkt main campus... fasi kami marah cakap kami bawak barang mcm nak pergi haji...hahahahah... setiap sem lain2 pengurusan dy,, mcam junior Shanan, diorg tak kene orentasi dekat alam bina pon semua dekat main kampus je,, tak perlu pindah2 kolej dah... Tapi ni zaman sebelum covid,,, skrg ni online je semua...heheheh

Jadi ayuhlah kite proceed to course outline... course outline ni adalah senarai subjek2 yang perlu kita ambik sepanjang kite 8 semester dkt uitm ni. Dan syllabus junior yang terbaru ni berbeza sikit dengan batch shanan tapi jangan risau sebab shanan ade contact jugak junior untuk dapatkan latest course outline in case adik2 nak prepare kan.. Ni updated course outline (2019) 




Dan untuk course outline ni korg jangan risau ye sebab nanti boleh access dekat portal jugak. Subject yang terbaru ni berbeza sedikit, ada subject yang tak ditawarkan pada batch shanan dan ade yang ditawarkan cuma beza semester macam contoh untuk syllabus baru ni ade subject biostatistic mse sem 1, tapi batch shanan kami ambik mase sem 2 or sem 3 rsenye. Tapi korg still boleh tny senior yang sekarang sem 5.. syllabus korg same. Basically setiap sem akan ade subject killer la same mcm kite SPM dulu2,,, ade killer paper kan. Tp jangan risau, work smart dan work together dengan kawan2 inshaa Allah boleh score. 

Untuk subjek2 ni dy ade 2 jenis, satu yang wajib kite ambik satu lgi pilihan. Yang wajib ni adalah subjek yang fakulti dan universiti tawarkan. Contoh utk sem 1 (refer course outline sem 1) semua subjek yang tersenarai tu wajib ambik tapi untuk pelajar diploma farmasi/ sains ade pengecualian  untuk kokurikulum dan CTU (yang ni kene rujuk pejabat sebab shanan lepasan matrik jadi tak de pengalaman bab2 pengecualian subjek ni). 

Satu lgi adalah subjek elektif. Masa batch shanan (Rx16), elektif kami kene cukupkan 11 credit hours baru boleh graduate. Untuk yang terkini shanan kurg pasti berapa credit hours korg kene habis kan dalam 8 semester. Jadi, sepanjang 8 semester tu tak kisah nak ambik mase bila untuk subject elektif ni janji settle 11 credit hours dalam 8 sem. Tapi mostly senior complete kan 11 credit hours dalam mase 4 semester je. Kiranya mase kami sem 5-8 kami tak ambik dah elektif. Alasannya sebab dah masuk tahun clinical dan kita dah mula FYP mase sem 5...busy sikit. Takot tak terbawak je banyak2 subjek kan... ape pon boleh bincang dengan kawan2 nak ambik subjek ape or nak ambik same2 ke. Ade kawan senang sikit survive...

Okay settle pasal course outline... 

Next kite proceed pada nak register dan guna student portal pulak... korg boleh google je UiTM student portal or click https://istudent.uitm.edu.my/ . Nanti akan keluar website mcm dkt bawah ni. Click dekat Student Login



Lepas dh click tu dy akan keluar mcm ni (rujuk gambar bawah). Dan boleh click 1st time login



Dan teruskan la isi detail yang diperlukan... igt tau password masing2.. student ID tu no matrik kite. Boleh refer dekat surat tawaran masing2. Nanti bila dah settle register boleh login terus. Once korg dah login.. boleh la masing2 godek2 dan try semua button dkt dalam tu. Student portal ni la tmpt kite nak check yuran kite, semak permohonan kolej (jgn risau 1st sem mmg akan dapat kolej), result exam dan lecture notes (Ufuture)....

Okay next kite go for kolej pulak. Untuk pelajar semester 1, mmg wajib duduk kolej. Tak perlu lagi cari rumah sewa. Dekat main kampus... utk perempuan kita ada Kolej Rafflesia (6 blok) , Kolej Dahlia (4 blok) dan Kolej Angsana (x igt berapa blok). Untuk lelaki Kolej Angsana dan Kolej Kasuarina... Haaa kolej angsana mmg campur lelaki perempuan tapi bukan dalam satu blok la... satu blok satu jantina.. jangan risau...hihihihi... Shanan dulu duduk Kolej Rafflesia dan alhamdulillah sem 1-sem 6 duduk kolej... sem 7 dekat rumah sebab covid kan dan sem 8 mmg wajib balik duduk kolej.. So tak pernah la duduk rumah sewa. Kalau duduk kolej ni kene aktif sikit la dengan program2 yang ade.. Setiap sem kolej akan anjurkan program dan kite kene dtang untuk collect merit kolej... Merit kolej ni yg akan menentukan sama ada kite dapat duduk kolej atau tak next sem tu.. senang cerita attend je semua program kolej.. penat jgak la sbb kadang2 kelas kite full smpai pukul 5 or 6 dan malam tu ade program kolej pulak..tapi for the sake of merit.. gagahkan diri jgak hahahaha.. 

Okay jari dah lenguh type... nanti kite sambung pulak next topik.. korg boleh komen jgak topik ape yang korg rse nak shanan share...pengalaman org lain2 dan ini pengalaman shanan.. Hope bermanfaat untuk semua.. if ade soalan or anything nak share ke boleh je comment or emel me shahirahanan27398@gmail.com. Byebye <3

Comments

Popular posts from this blog

Checklist Before Lapor Diri PRP

Permohonan Jawatan Pegawai Farmasi UF41 melalui SPA (PRP at Government Sector)

Registration dan isi penempatan di E-pharmacist